Sejarah
PENTERNAKAN SUMBER UNGGAS (PSU)

Merupakan 100% syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan. Ibu pejabat terletak di Hutan Melintang Perak.

 

 
Sejarah Syarikat
 
 
Pengarah Urusan
 
MOHD ANAS BIN MOHD ASMAWI (PENGARAH URUSAN)

Mohd Anas merupakan pemilik dan pengarah urusan PSU. Sebelum menubuhkan PSU, beliau berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia selama 9 tahun.

Minat keusahawanan Mohd Anas telah lahir sejak kecil. Semasa di alam persekolahan, beliau telah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah, Ahli Lembaga Koperasi Kolej Mara Kuala Nerang dan Pengerusi Exco Ekonomi dan keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.

Kerana minat yang tinggi untuk menjalankan perniagaan sendiri, pada 2016 beliau telah meletak jawatan sebagai Pengurus di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan menubuhkan PSU.

Mohd Anas memiliki Ijazah (kepujian) Perakaunan, Universiti Malaya. Kini beliau merupakan salah seorang Penasihat Teknikal Program Diploma Ternakan Poltri di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan,Perak.

 
Cawangan Kami
 
TEAM ONLINE

Team Online ditubuhkan pada Jun 2020 semasa pandemik Covid 19 sedang memuncak di Malaysia.


     
VIEW MORE
KEDAI HUTAN MELINTANG

Kedai Sumber Unggas Hutan Melintang mula dibuka pada 3 April 2017 di Pekan Simpang Empat, Hutan Melintang, Perak.


     
VIEW MORE
KEDAI SABAK BERNAM

Kedai Sumber Unggas Sabak Bernam merupakan cawangan kedua yang dibuka pada 1 Julai 2019.


     
VIEW MORE

KEDAI SUNGKAI

Kedai Sumber Unggas Sungkai merupakan cawangan ketiga dan mula dibuka pada 8 April 2021 di Pekan Sungkai.


     
VIEW MORE
GUDANG

Gudang Sumber Unggas mula beroperasi pada Ogos 2021.


  
VIEW MORE
SUMBER UNGGAS FARM

Sumber Unggas Farm merupakan titik permulaan operasi syarikat.


  
VIEW MORE
Switch To Desktop Version