LIVE SEMBANG KETUM AYAM EPISODE 3
LIVE SEMBANG KETUM AYAM EPISODE 3

TERNAK AYAM ADA UNTUNG KE?
 
Pandemik yang melanda dunia sekarang ini membuatkan ekonomi negara tidak stabil. Ramai yang cuba untuk mula menternak demi menampung kelangsungan hidup.

Jadi kali ini  Sembang Ketum Ayam menjemput tiga Ahli Panel untuk menjawab persoalan tentang keuntungan menternak ayam. Antara ahli panel ialah Yazid Sulaiman pengusaha ayam kampung saga, Encik Daim pengusaha ayam kampung kacukan dan Encik Nik Azhar pengusaha ayam kampung asli.

Encik Daim selaku pengusaha ayam kampung kacuk menerangkan sedikit sebanyak berkenaan keuntungan menternak ayam kampung kacuk (AKK). Seekor AKK memerlukan 3 kilogram dedak dalam masa 2 bulan untuk mencapai berat 2 kilogram. Menurutnya, kos untuk seekor AKK adalah RM10.50. Harga jualan runcit seekor jatuh pada tanda harga RM13-RM14 sekilogram manakala harga jualan borong jatuh pada tanda harga RM13.50 seekor (mengikut pasaran semasa).

Menurut Encik Yazid pula, kos untuk mengeluarkan ayam kampung saga atau mardi RM10.30 termasuk makanan tambahan dan vitamin. Mengikut kiraannya, seekor ayam kampung saga memerlukan 3.25 kilogram dedak dalam masa 3 bulan untuk mencapai berat 1.6 kilogram iaitu berat ideal dengan kadar penukaran makanan  (FCR) sebanyak 2.03% sesuai mengikut pasaran beliau.

Nik Azhar atau dikenali sebagai Abe Nik seorang pengusaha heavyweight ayam kampung asli (AKA), berkongsi tentang kos pengeluaran seekor AKA. Pada penerangan beliau untuk menghasilkan seekor seberat 1.1 kilogram memerlukan pengunaan dedak sebanyak 2.93 kilogram dalam masa 3 bulan ke 3 bulan 2 minggu dengan kadar (FCR) sebanyak 2.80%. Tambahnya lagi harga jualan borong untuk seekor AKA adalah RM14 sekilogram manakala harga bagi jualan runcit untuk seekor AKA mampu mencecah RM18-Rm22 sekilogram mengikut harga pasaran setempat.

Encik Daim berkata, sebelum mula menternak pastikan dahulu tujuan penternakan tersebut, adakah untuk komersial atau sekadar hobi kerana itu yang akan membantu penternak tentang penyakit ayam, tahap kesihatan ayam, kuantiti ternakan yang ingin diternak, jumlah penggunaan makanan dan kawalan kadar kematian.

Sehubungan dengan itu, terdapat juga cara yang lain untuk menternak ayam, bukan tertumpu pada Ayam Pedaging sahaja. Ayam boleh juga diternak menjadi Ayam Petelur, dan Ayam Induk mengikut pasaran yang paling banyak permintaan.

Bagi menternak Ayam Petelur dan Ayam Induk banyak aspek yang perlu diambil kira seperti tempoh masa menternak lebih panjang, risiko penyakit yang lebih tinggi pada ayam, kadar kematian pada setiap peringkat umur, penukaran makan yang lebih rumit, cara penyimpanan telur yang betul, dan inkubator pada prestasi terbaik (untuk Ayam Induk) manakala, Ayam Pedaging lebih sinonim dengan masyarakat di Malaysia cara penjagaan nya lebih mudah, tempoh masa menternak yang lebih singkat dan hampir sesiapa sahaja mampu menternak Ayam Pedaging.

Kesimpulannya, untuk mengekalkan keuntungan dalam penternakan kita perlu tahu apa tujuan penternakan, target pasaran, dan cara jual yang betul untuk pastikan kita boleh terus maju kehadapan dalam bidang penternakan.
YOUTUBE

Masa Terbitkan : 4-Oct-2021

Switch To Desktop Version