KEDAI SUMBER UNGGAS SUNGKAI
Kedai Sumber Unggas Sungkai merupakan cawangan ketiga dan mula dibuka pada 8 April 2021 di Pekan Sungkai.

Kedai Sumber Unggas menjual pelbagai jenis anak unggas, dedak, peralatan dan vitamin untuk semua jenis ternakan. Antara peralatan yang boleh didapati adalah seperti bekas makanan dan minuman ternakan, sangkar dan bakul ayam. Mesin-mesin berkenaan penternakan turut dijual seperti incubator penetasan telur dan chopper rumput. Kedai turut menjual supplement tambahan seperti Migoto Probac9, Multivitamin VP1000, dan Elite Plus.

Pelbagai jenis dedak untuk ternakan boleh didapati di Kedai Sumber Unggas antaranya dedak untuk ayam, itik, lembu dan kambing. Antara jenama dedak yang dijual termasuklah Gold Coin, Wei Tat, Soon Soon, FFM, dan Masterbite.

Bagi pelanggan yang tidak dapat ke kedai, kami menawarkan perkhidmatan penghantaran dedak ke Behrang Stesen (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, perkhidmatan nasihat serta kursus-kursus ternakan juga disediakan untuk penternak-penternak yang baru mula belajar menternak.


   
Switch To Desktop Version